Thursday, May 8, 2008

Perang di Sri Lanka


Di sini saya sertakan gambar perang yang berlaku di Sri lanka. Adakah kita mahukan perkara seperti ini berlaku di negara kita juga

Wednesday, May 7, 2008

Kenapa perlu bergaduh?

Sebenarnya kehadiran saya didalam blog ini bukanlah bertujuan untuk menghasut ataupun memandang remeh dengan apa yang telah berlaku dalam Malaysia terutamanya mengenai isu yang hangat diperkatakan sekarang iaitu Parti Rakyat dan Parti Barisan Nasional. Pernahkah kita berfikir bahawa kita sekarang ini hidup aman walaupun sedikit sebanyak berlaku kekacauan yang kadangkala boleh menyebabkan ketidakamanan. Tetapi pernahkah kita berfikir bahawa adakah negara yang berada di luar sana aman sepenuhnya? saya banyak mendapatkan pendapat dari seluruh negara keran saya mempunyai kawan di beberapa negara yang pernah mengikuti kursus bersama saya. mereka ini rata-ratanya dari background yang baik dan berpelajaran. banyak juga isu yang saya dapat berbincang dengan mereka antaranya tentang keadaan yang berlaku di negara mereka. Sekarang ini di Sri Lanka keadaan mereka tidak aman setiap hari berperang, ramai yang terkorban. Di Bangladesh pula masalah kemiskinan yang tidak dapat diselesaikan sehingga menimbulkan kekacauan di dalam negara. Di India pula, masalah rakyat yang hidup merempat, tidur di kaki lima, tiada rumah, tidur berkeluarga di Stesen Keretapi dan sebagainya. Sedih saya melihatnya sedangkan dari segi pertahanan mereka sanggup menghabiskan berjuta-juta malah berbillion-billion USD untuk memajukan sistem pertahanan mereka. mereka mempunyai kapal Selam dan sebagainya. Di Ghana pula, rakyat mereka juga hidup dalam kekurangan serba kekurangan. pernahkah kita ambil tahau bahawa benih kelapa Sawit kita ambil dari negaranya dan negaranya juga tidak maju seperti negara kita kerana ketidakcekapan dalam pentadbiran. Di Singapura, mengapa mereka maju dari kita dan tahukan kita kenapa mereka menjadi kuasa yang besar, semuanya kerana jalinan kerjasama dari negara-negara yang boleh dikatakan anti kepada negara islam. Saya tidak mahu terangkan di sini kerana boleh mengguris perasaan sesetengah pihak. Di Myanmar, Thailand, Indonesia, China dan lain-lain negara semuanya tidak aman. Walaupun kelengkapan pertahanan mereka lebih baik daripada negara kita. Tidakkah kita berfikir bahawa jika kita tidak berada dalam keadaan aman mudah bagi negara-negara di luar sana mengambil kesempatan ke atas negara kita. mahukah kita dijajah kembali oleh kerana keegoan masing-masing. Masing-masing mahukan kedudukan, masing-masing mahukan darjat dan saya percaya tidak ada seseorang pun yang berjuang kerana Agama, bangsa dan negara. Kenapa kita perlu mengutuk sesama kita walaupun kita dari agama yang sama, bangsa yang sama, dan yang paling sesuai ialah negara yang sama. Melayu sendiri kutuk Melayu, cina sendiri kutuk Cina, India sendiri kutuk India dan bermacam2 lagi. Kenapa kita tidak boleh bersatu. Ingatlah BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH. SESAL DAHULU PENDAPATAN SELESAI KEMUDIAN TIDAK BERGUNA. Tujuan saya wujudkan blog ini untuk sama2 memberi pendapat dan samalah kita bersatu.